Sejarah hak-hak undang-undang perempuan Perempuan

Sesetengah sistem undang-undang awal sebelum sistem-sistem moden menformalkan tanggungan wanita.

Mengikut Pandangan Islam

Di dalam agama Islam, terdapat banyak hak-hak wanita seperti perkahwinan, penceraian, hak penjagaan anak dan sebagainya seperti yang digariskan di dalam Al-Quran. Perkara ini juga telah dibincangkan oleh Dr. Sharifah Nooraida Wan Hasan di dalam kajiannya. [1][2][3][4][5][6]

Hukum kitab Bible

Dalam undang-undang Nabi Musa, perceraian tidak dapat dilaksanakan dengan mudah — hanya di bawah keadaan-keadaan yang tertentu. Dalam kebanyakan kes, perceraian dilaksanakan sewaktu suami atau isteri melakukan zina; dalam kes tersebut, orang yang berzina akan direjam dengan batu (kecuali ditunjukkan belas kasihan).

Seorang suami boleh menandatangani sijil perceraian jika dia mendapati isterinya telah melakukan perbuatan yang cabul, tetapi jika tuduhan itu didapati salah, dia akan dirotan serta didenda, dan tidak boleh lagi menceraikan isterinya bagi seumur hidup. Jika bukti-bukti tidak dapat dikemukakan, isterinya dikehendaki menyumpah orang yang berzina (Deut 22:13~30).

Perincian daripada Kelahiran Venus ("The Birth of Venus") oleh Bouguereau)

Selain daripada kejadian-kejadian ini, terdapatnya juga banyak undang-undang untuk mengendalikan kesalahan mengenai kesucian (baik lelaki atau perempuan), dan perkahwinan antara seorang lelaki dengan wanita tawanan yang merupakan pagan ataupun dengan wanita hamba yang dibelinya. Ikrar perkahwinan boleh dihalang oleh ayah wanita, dan anak-anak perempuan hanya boleh mewarisi harta kalau tiadanya adik-beradik lelaki (dan mereka juga diperlukan berkahwin di dalam puak sendiri). Adalah mungkin untuk seorang wanita yang bercerai ataupun yang telah menjadi balu untuk berkahwin semula, tetapi jika balu itu tidak mempunyai anak (dan jika suami yang mati itu tidak mempunyai anak sebelum berkahwin dengannya), dia harus berkahwin dengan adik lelaki suaminya itu jika adik itu masih bujang. Tambahan pula, jika adik yang dara itu enggan menjalankan kewajipannya, dia tidak diperlukan berbuat demikian, dan wanita itu akan diberi pampasan perbandaran.

Matthew 19: 3-12 [NIV] memberikan perincian mengenai pandangan Kristian yang awal mengenai perceraian (terdapatnya banyak bahagian-bahagian yang lain mengenai perkahwinan dan perceraian di dalam kedua-dua Wasiat Lama dan Wasiat Baru) melalui cerita berikut:

3Beberapa orang Farisi berjumpa dengannya untuk mengujinya. Mereka bertanya, "Adakah ia sah bagi seorang lelaki untuk menceraikan isterinya atas sebarang ataupun atas setiap alasan?"4"Belumkah engkau membaca", dia berjawab, "bahawa pada mulanya, Pencipta 'membuat mereka lelaki dan perempuan,' 5dan berkata, 'Untuk alasan ini, seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya dan menyatukan dengan isterinya, dan kedua-dua itu akan menjadi satu badan'? 6Oleh demikian, mereka tidak lagi merupakan dua, tetapi satu. Jadi apa yang Tuhan menyatukan, manusia janganlah memisahkan."7"Jika begitu," mereka bertanya, "mengapakah Musa memerintah bahawa seorang lelaki memberikan isternya sijil perceraian dan menyuruh pergi?"8Jesus berjawab, "Musa mengizinkan engkau menceraikan isteri kerana hatikau sewaktu itu keras. Tetapi ia bukan sebegitu pada awalnya. 9Aku memberitahu engkau bahawa sesiapa yang menceraikan isterinya, kecuali atas alasan ketidaksetiaan perkahwinan, dan berkahwin dengan perempuan yang lain berlaku zina."10Pengikut-pengikut berkata kepadanya, "Jika ini merupakan keadaan antara suami dan isteri, lebih baik jangan berkahwin."11Jesus berjawab, "Bukan setiap orang yang mampu menerima kata-kata ini, kecuali mereka yang diberikannya. 12Untuk sesetengah, mereka merupakan sida-sida kerana dilahirkan sebegitu; yang lain dijadikan begitu oleh manusia; dan yang lain menolak perkahwinan disebabkan alam baqa. Yang mampu menerimanya harus menerimanya."
  • Sila gantikan terjemahan di atas jika anda dapat memperolehi versi kitab Bible yang piawai.